Saturday, September 10, 2011

Telefon Pintar BlackBerry Berasaskan QNX Kini Dilajukan Pembangunannya?

Telefon Pintar BlackBerry Berasaskan QNX Kini Dilajukan Pembangunannya?:

Ingatkah lagi berkenaan dengan telefon pintar berasaskan QNX daripada RIM? Kini, ianya diperkatakan Research In Motion dalam usaha untuk mengeluarkan telefon pintar pertama yang dijana menggunakan QNX, memandangkan permintaan untuk peranti pintar BlackBerry 7 tidak mencapai sasaran buat masa ini.


Ianya disasarkan yang mana RIM telah mengeluarkan lebih 12 juta peranti pintar BlackBerry pada suku tahun kedua tahun ini. Buat masa ini, peranti BlackBerry 7 bakal dijual secara rasminya bermula daripada 15 September ini di Malaysia. Namun begitu, beberapa syarikat telekomunikasi telah pun mula menjualnya sejak daripada penghujung bula yang lepas.



Pada masa yang sama, sebelum ini, ianya pernah diperkatakan, telefon pintar pertama QNX bernama BlackBerry Colt dijangka akan dilancarkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Walaubagaimanapun, dengan melihat laporan-laporan awal ini, berkemungkinan kita akan dapat melihat peranti tersebut dulancarkan lebih awal sedikit. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.

No comments: