via Amanz by Aman on 8/10/11
Nampaknya setelah Maxis dan juga DiGi menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy S2 kepada para pengguna, kini peranti kesukaan ramai itu turut sama ditawarkan oleh Celcom, dimana melalui pakej Celcom, mereka menawarkannya pada harga serendah RM1208. Pada masa yang sama, mereka turut menawarkan Samsung Galaxy S Plus pada harga bermula RM778.
Namun berbeza dengan syarikat telekomunikasi lain yang mengikat kontrak selama 24 bulan, Celcom cuma meminta penggunanya mengikat kontrak samada antara 12 bulan ataupun 18 bulan sahaja. Namun, para pengguna turut boleh melanggannya untuk 24 bulan melalui pelan Celcom Biz padanya.
Selain Samsung Galaxy S2 yang mungkin ramai sudah kenali akan spesifikasinya, Celcom turut sama menawarkan Samsung Galaxy S Plus, iaitu kemaskini kepada Galaxy S sedia ada, dimana ianya membawakan Android Gingerbread 2.3 dan juga cip pemprosesan selaju 1.4GHz padanya. Ianya yang berharga RM1599 ditawarkan pada harga serendah RM778 melalui Celcom.
No comments:
Post a Comment