Thursday, December 15, 2011

Peranti Pertama Menggunakan BlackBerry 10 Hanya Pada Penghujung Tahun 2012?

Peranti Pertama Menggunakan BlackBerry 10 Hanya Pada Penghujung Tahun 2012?:

Pada acara BlackBerry DevCon yang diadakan di Singapura baru-baru ini, pihak Research In Motion telah pun memperkenalkan platform generasi akan datang mereka, iaitu BlackBerry 10 – menggantikan nama BlackBerry X sebelum ini. Dan hari ini, RIM mengatakan, peranti baru dengan BlackBerry 10 hanya akan muncul sekitar penghujung tahun hadapan – 2012 sahaja, dan bukannya dalam masa terdekat ini.




Kamera oleh Justin Lee.


Research In Motion turut mengatakan mereka memetingkan kualiti yang amat tinggi, selain pada masa yang sama membawakan pengalaman penggunaan yang penuh bersama-sama dengan peranti baru mereka kelak. Peranti dengan BlackBerry 10 juga dijangka akan mengintegrasikan sokongan LTE padanya, serta menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa padanya.


Tambahan lagi, dikatakan cip tersebut akan hanya siap sepenuhnya sekitar pertengahan tahun 2012 sahaja, dan peranti yang menggunakannya serta dijana oleh BlackBerry 10 hanya akan tiba selepas beberapa bulan daripadanya sahaja.


Seperti semua pembaca sedia maklum, populariti BlackBerry semakin merudum akhir-akhir ini secara amnya diseluruh dunia. Namun begitu, impak BlackBerry di sekitar Asia Tenggara masih lagi tinggi, dengan baru-baru ini RIM turut sama telah membuka kilang BlackBerry di Malaysia, memperlihatkan komitmen mereka di rantau ini.


Jadi, bagi peminat BlackBerry, adakah anda akan menantikan sehingga penghujung 2012 ataupun beralih kepada platform yang lain?

No comments: